Dua hari sebelum berpuasa trekkerz sempat lagi membuat aktiviti di Gua Damai Extreme Park and Training Center Pinggiran Batu Caves anjuran Wira Adventures Consultant dan AADK dgn kerjasama Youngstone Adventures..
Seramai lebih kurang 40 org peserta menyertai aktiviti ini yg merangkumi aktiviti rock climbing , abseling , treking , caving dan flying fox antara yg terpanjang di malaysia...
Cuaca pada pg itu adalah hujan renyai2 dan sejuk sesuai untuk menyambung tidur tetapi untuk merasa dan mencuba aktiviti xtreme ni kami gagahkan juga ke petronas batu caves untuk berkumpul sebelum ke gua damai...sempat la minum2 dan sarapan pg sementara menunggu hujan berenti..


Untuk keselamatan kami dibekalkan dgn alat2 safety seperti harness, karabiner, safety tali dan helmet...
Maka dgn bantuan tenaga pakar climbing... bermula la aktiviti rock climbing selama lebih kurang 3 jam ... kebanyakan ahli trekkerz dapat melepasi 3 route.. mmg terbaek la korang..


Selepas itu perjalanan di teruskan dgn sedikit pendakian sebelum masuk ke dalam gua damai,, melakukan aktiviti melawat gua..keadaan yg gelap hanye di suluh cahaya headlamp...boleh la walaupun jarak yg dekat jer..perjalanan adalah menuruni batu2 menggunakan tali dan tangga yg telah di siapkan..
Di penghujung gua kita boleh melihat kg melayu Wira Damai pada ketinggian lebih kurang 100 meter dimana disitu kami akan lakukan aktiviti abseling...aktiviti abseling dari muka gua damai.... woww!! sgt mengujakan,, sorang2 menuruni dari muka gua damai.. dan akhirnye semua selamat tiba semula Gua damai xtreme park..
Semua peserta yg mengikuti aktiviti ini telah diberikan sijil oleh pengarah AADK daerah selayang,,,
