Monday, July 18, 2011

Trans Chemerong Berembun Lansir ( CBL )

Trip CBL ( Chemerong Berembun  Lansir ) telah disertai oleh 3 org ahli Trekkerz..Event ini adalah anjuran Nature Pro diketui oleh En. Stone disertai oleh lebih kurang 35 org..


 

Lata Chemerong
State Terengganu
Location32 km from the Inner Highway Kuantan-K. Terengganu
Coordinates and map N 4° 39.60' E 103° 0.05'
Water SourceRiver
Waterfall ProfileNear Vertical Fall
AccessibilityRecreation Park


Lata Chemerong adalah air terjun tertinggi di Asia tenggara terletak terletak di Hutan Lipur Chemerong di bandar Almuktafi Billal Shah menghala ke Pasir Raja melalui jalan lama ke  Kuala Terengganu ( Jabur Bukit besi ).Ia merupakan kawasan hutan simpan negeri Terengganu.Kebiasaan nye mereka yang datang kesini akan terus mendaki ke gunung berembun dan bermalam di air terjun lata lansir / lesung batu.
Hutan lipur chemerung juga adalah sebuah kawasan perkhemahan untuk menjalankan kem- kem motivasi dgn udara segar hutan yg terjaga.Untuk melakukan aktiviti pendakian adalah diharap supaya mendapat kebenaran dari bahagian pengurusan hutan lipur chemerong untuk mendapatkan status mereka yg melakukan pendakian kerana dikuatiri terdapat ramai org pada satu2 masa.


Perjalanan ke air terjun mengambil masa dalam sejam melalui jalan2 yg landai dan berbukit sikit.. separuh perjalanan terdapat trek simen sehingga ke jambatan gantung yg menghubungkan ke hutan gunung chemerong. selepas  jambatan gantung itu jalan adalah denai2 hutan tetapi terdapat trek yg akan membawa anda terus ke air terjun. walaupun jalan denai tetapi boleh mengeluarkan air peluh.Kebanyakan org tidak mandi di air terjun kerana tidak mempunyai kolam2 sekadar merakam gambar sahaja. tetapi anda boleh mandi di bahagian2 bawah yg mempunyai kolam air yg jernih.

air terjun lata chemerong

Gunung Berembun

Perjalanan ke Gunung Berembun mengambil masa lebih kurang 6 ker 10 jam mengikut stamina masing2. Berketinggian lebih kurang 3405 kaki atau 1108 meter dari paras laut adalah antara gunung yg sering didaki kerana terdapat banyak punca air serta campsite yg best dan cantik berhampiran air terjun.
Perjalanan adalah sama ker air terjun lata chemerong dan akan melintas anak sungai air terjun chemerung untuk ke hutan gunung berembun.Perjalanan selepas melintas anak sungai adalah satu pendakian dari yg mudah sehingga memerlukan tali.tegak tu.... sehingga sampai ke Kem balak dimana disini adalah tempat rehat untuk makan dan mengambil air. Air nya sgt bersih terasa seperti meminum air mineral dipasaran.




Selepas itu akan meneruskan perjalanan ker Kem Y punca air terakhir sebelum gunung berembun.Sesetengah pendaki akan bermalam disini jika telah lewat petang  atau dah penat dan akan sambung perjalanan pada esok paginye.Perjalanan ker kem Y adalah landai dan sedikit pendakaian. Berhampiran atau melalui tepi sungai yg cantik membuat anda rasa rilek sebentar sewaktu melakukan pendakian.



Dari kem Y adalah waktu yg mencabar dimana di sinilah bermulanye pendakian anda..dari sini pendaki akan memanjat bukit turun bukit panjat bukit . dgn papan tanda jarak gunung yg di pacak sepanjang jln setiap 200 meter menjadikan psikologi anda boleh down.. bayangkan lah untuk jarak 200 meter ade yg memakan masa sehingga 30 minit untuk sampai nyer...


Setelah puas panjat turun panjat bukit.. dalam 500 meter terakhir adalah masa yg paling mengujakan. jalan adalah landai dan sedikit pendakian dikelilingi pokok2 bonsai yg renek dan cantik.. jalan yg di pijak juga ditutupi oleh lumut. terasa seperti memijak rumput di padang bola. akhirnye anda akan sampai ke puncak gunung berembun.. kepuasan pasti terasa.
500 meter sebelum puncak

puncak gunung berembun

Ramai org mengatakan mendaki gunung berembun seperti mandi sepanjang hari (mandi peluh ) kerana tiada tiupan angin.Mungkin kerana itu orang menggelarkan gunung berembun, berembun baju ngan peluh.. untuk peringatan pantang larang gunung di terengganu jangan melagakan besi dgn besi..( nanti x dpt tido mlm ) ade yg tolong kawankan korang tido..

Air terjun Lata Lansir / Lesung Batu

Perjalan ker air terjun lansir dari gunung berembun mengambil masa dalam sejam ker sejam setengah menuruni bukit yg agak menjunam juga.Jika dapat menawan gunung berembun sebelum jam 5 ptg bermakna anda akan sampai ker air terjun lansir sebelum mlm. kebanyakan mereka akan sampai pada waktu awal malam.. jadi sediakan lah head lamp kerana perjalanan akan menjadi gelap. menghampiri air terjun lansir jalan adalah landai tp agak licin.
setengah org akan membuat campsite di tempat awal skali sampai iaitu lesung batu.. campsite disini boleh memuatkan dalam 20 org jika pandai susun.. mempunyai kolam air yg agak dalam dan best mandi manda dan untuk melakukan aksi2 tiruk.. serta air yg jernih.. disini juga ade yg akan bermain gelongsor kerana batu batunye yg landai..

kolam mandi di lesung batu

air terjun lesung batu

jika penuh teruskan perjalanan dan anda akan sampai ker lata lansir. campsite disini boleh memuatkan kira2 40 org kalau pandai susun..mempunyai beberapa kolam air yg boleh anda mandi cuma kurang dalam.. tetapi tetap sejuk.. air terjun ini berada pada jarak lebih kurang seribu kaki dari paras laut..
waktu pagi di lansir jika bernasib baik anda akan dapat melihat matahari terbit dari celah2 gunung. sgt cantik dan mengujakan.. ramai pendaki akan turun ke bawah lansir untuk menikmati pemandangan itu dan merakamkan gambar.

air terjun lata lansir



Perjalanan Pulang

Perjalanan pulang adalah jalan lain dari waktu mendaki terpulang jika anda masih mahu melalui jalan sama sewaktu pergi..
Perjalanan pulang adalah dgn menyeberangi lata lansir masuk ke dalam hutan melalui trek yg sedia ada... terdapat sedikit pendakian sebelum jalan2 landai. perjalanan mengambil masa dalam 1 ker 2 jam.. untuk sampai ke kawasan waterpoint .. kawasan itu di beri nama sungai bangang.. salah satu anak sungai chemerong.boleh menyejukkan badan kerana terdapat kolam yg agak dalam dan boleh buat terjun tiruk la...last waterpoint sblm sampai kem balak..

sungai bangang

Perjalanan di teruskan sekitar 2 ker 3 jam dgn sedikit pendakian ke gunung chemerong sebelum jalan landai naik bukit dan turun bukit... leh la rilek2... melalui lereng2 gunung.. sebelum menuruni bukit2 untuk sampai ker check point seraya besar ( pokok balak yg sgt besar).. boleh la take five sebelum menuruni bukit dgn jln yg agak curam sehingga ke persimpangan jalan anatara kem Y dan kem balak.. ambik belah kanan dan terus ker kem balak. melalui trek asal ke kem balak..

kem balak

kem Y

Di kem balak biasa nye para pendaki akan makan2 dan minum sebelum meneruskan perjalanan pulang mengikut trek asal menuruni bukit  sehingga persimpangan di pokok seraya berlubang.ambik trek belah kiri..trek kanan pergi semula ke air terjun chemerong...
Berhampiran kem balak terdapat satu cerun orkid. Kalau ade musim.. anda akan berjumpa dgn berbagai2 spesis orkid berhampiran cerun orkid tu..

cerun orkid

sepokok  orkid yg ada

Perjalanan pulang akan laju jika pandai menuruni bukit.. kekuatan lutut sgt teruji disini..gunakan lah guard lutut jika ada.dapat mengurangkan tekanan pada lutut..
Perjalanan yg mengambil masa 3 ker 4 jam akan membawa anda semula ke kem hutan lipur chemerong...

12 comments:

  1. yup kami akan bagi info yg termudah dan senang difahami...

    ReplyDelete
  2. yup tq bg info, memang nervous part trekking 6-10 jam tu..paling kuat pun 8 jam..nak ker 10 jam uhuks memang mental..
    sy pun akan ke cbl next week ni. tq for ur info k.

    ReplyDelete
  3. tq atas info2 gunung berembun..insyaallah klau di izinkn tuhan esok 17hb 4 2013 sye dan rakan2 dari johor akan sampai di terangganu gunung berembun:-)..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih. Info yg bagus dan ada feeling..

    ReplyDelete
  5. Assalam,,bole sy dpt kn contact number kat sne x?? rncg nk g sne nnt....

    ReplyDelete
  6. Tq good info belum berpeluang ke sana lg in sha allah awal tahun depan akan sampai..

    ReplyDelete
  7. Nk tanye so mmg dah ad trek ah nk le sungai bangnng ni sbb bmbg seaat je hahaha

    ReplyDelete
  8. Ada contact tour guide yang boleh bawa pergi sana? Thank you

    ReplyDelete
  9. Ada contact tour guide yang boleh bawa pergi sana? Thank you

    ReplyDelete