Wednesday, January 18, 2012

SRATA WATERFALL - RE VISIT

   Mcm dah bedebu jer web ni...sebenarnya mmg byk xtvt yg kami dah buat tp masing2 sibuk dan bermacam2 benda nak buat maka terbengkalai jab la blog ni... memandangkan ade masa yg terluang ni saya akan update sikit2 mana yg mampu.. kita sambung dari aktiviti last kitorang buat iaitu menjejak trek air terjun srata di tanjung malim perak..


 Location North of Tanjung Malim 
Coordinates and map N03 45.83' E101 32.97' 
Water Source River 
Waterfall Profile Vertical Falls, Cascades 
Accessibility Trekking

   Tarikh 16 Oktober 2011..plan asal cuma 5 org jer sebab nak memahami trek ker srata waterfall tp last minit ramai lak nak ikut.. terima kasih kepada group najmi , group green , shazila & friend.. total semua 15 org.. group green yg main dtg jer kat starting point..buat kami terkejut.. (kenal diorg time kat puncak gunung datuk) tu untungnye beramah mesra ni leh kenal ramai kwn2 baru...

melalui trek kelapa sawit

   Setelah membuat senaman ringan dan bacaan doa kami memulakan perjalanan..aboon , judin dan aleh lead (pasal diorg jer yg pernah sampai ). dengan sedikit bantuan dari GPS maka kami sampai juga ker check point sungai srata.. setelah sejam setengah meredah hutan sawit dan menyeberangi sungai2..

check point
    Untuk sampai ke waterfall dari check point mmg mencabar pasal xde trek yg clear sama ada melalui sungai atau meredah hutan.. last2 kitorg decite untuk redah hutan tu.. setelah 15 minit jalan trek agak mencabar kerana ade yg tergolek2 jd kami tukar plan ikut laluan sungai... laluan sungai mencabar sikit pasal kena memanjat batu2 dan laluan adelah sedikit licin... akhirnye setelah sejam melayan batu2 licin kami pun sampai...

laluan berbatu

plan asal untuk laluan hutan

   Memandangkan cuaca hujan semalam maka air terjun dan kolam nye agak dalam sedikit.. setelah rehat2 dan makan2 ape lg terus terjun la.. cuaca agak sejuk time tu serta mendung jd kami kena tgk paras air kut2 ade perubahan...air terjun lokasi yg bahaya jika hujan...

srata waterfall
   Setelah sejam kami mandi .. nasib mendung jer x jadi hujan kami pun bersiap2 balik.. jalan balik ni kami nak tandakan untuk memudahkan kami datang balik nanti.. perjalanan balik menampak kan jln2 yg perlu kami lalui jika nak datang balik.. marking2 telah siap di tag.. harap2 kami akan dtg lagi dan kami akan plan untuk bercamping di situ...

group foto di trek balik
 
di starting point
   Perjalanan pulang kami singgah di R&R rawang untuk bersihkan diri dan makan2..sambil borak2...

1 comment: