Thursday, January 19, 2012

NIGHT TREKING LUBUK KAWAH

   Event ni adalah usha sama trekkerz ngan abg saha.. untuk merasa treking pada waktu malam.. tp tidak ramai ahli group trekkerz yg dapat follow..walau bagaimana pun event ni tetap berlangsung ngan jayanye atas sokongan dari semua yg menyertai event ini..



   Perjalanan bermula sekitar jam 10.00mlm pada tarikh 9/12/ 11   sampai di teratak riverview kira2 jam 12.30 pg..setelah siap pack barang yg nak dibawa.. perjalanan ke lubuk kawah pun bermula..sekitar jam 1.30 pg. perjalanan pada waktu mlm agak sukar dgn keadaan trek yg gelap dan makin rosak dek kerakusan jentera 4x4 yg bermaharaja lela di laluan ni..trek lubuk kawah ni senang dan nyata kerana trek dia berkongsi dgn trek 4x4.. jadi x perlu risau untuk sesat.. kecuali nak cuba jalan baru.. tp adalah mudah kalau ikut teratak view resort kemudahan yg di sediakan mencukupi dan parking kereta adalah selamat.. jalan ke teratak view adalah berdekatan dgn pagar UPSI.. tnye jer org dekat2 situ pasti diorg tau...

Untuk persiapan treking malam adalah dinasihatkan untuk membawa headlamp bagi memudahkan pergerakan anda.. x perlu nak pegang2 torch light.. tp kalau xde nak buat mcm mana bersusah2 la yer... cayok2..

   sekitar jam 3.30 pg kami sampai ker campsite berhampiran lubuk kawah.. setelah memasang khemah dan fly terus layan kepala.. walaupun ade ahli yg sempat membuat kopi tp tewas juga kerana penat dan ngantuk..ade juga yg tidur beralaskan ground berbumbungkan awan.. x larat nak pasang fly.. hujan yg turun x mematahkan semangat untuk terus tido...


   sekitar jam 10.00 pg setelah semua bgn tido.. layan sarapan jap pastu terus ke perah waterfall untuk mandi2 layan cuaca air terjun..aktiviti hari ini seharian mandi manda makan dan tido.. memandang kan mlm harinye adelah gerhana bulan.. harap2 cuaca adelah cerah boleh tgk gerhana bulan sambil baring2 di batu.. tp cuaca yg x mengizinkan.. maka samar2 jer la nampak...




   Pg2 esoknyer perjalanan pulang nampak mudah sikit.. waktu siang kut..di pertengahan jln atau sungai pertama (check point satu) terjumpa dgn group 4x4 yg  x dapat redah sungai kerana air dlm pada waktu tu.. dua minggu sblm tu berlaku kepala air di kawasan situ.. jd group tu camping kat check point pertama tu jer la.. kira2 jam 12.00 tgh ari sampai di riverview dan berangkat pulang ke rumah...

1 comment:

  1. assalam.. boleh sy tahu dr teratak riverview trek utk ke lubuk kawah yg belah mana ea? kene cross sungai tu ke?

    ReplyDelete